GRAFIK
AUDIO
Audio juga dikenali sebagai bunyi. Audio berfungsi sebagai memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui penggunaan teks @ grafik semata-mata. Audio mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada sesuatu isi kandungan yang kompleks. Audio digital menggunakan digital signal untuk menghasilkan bunyi. Bunyi adalah gelombang yang dihasilkan oleh getaran molekul-molekul dalam medium seperti udara. Gelombang bunyi juga disebut sebagai gelombang mekanikal. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels (dB).
VIDEO
Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan video digital. Video analog adalah video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Setiap bingkai video analog diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu yang juga dikenali sebagai gelombang analog atau video komposit. Kelemahan video ini adalah gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Piawaian utama bagi video ini adalah PAL dan NTSC.
Video digital adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses penukaran isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC). Manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan video ini adalah kualitinya kekal dan boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama..
Saiz fail dan kualiti video digital dipengaruhi oleh kadar bingkai, saiz imej dan kedalaman warna. Teknik pemadatan video digital dikenali sebagai CODEC. Ia membolehkan lebih banyak video dimuatkan di dalam CD atau hard disc. Terdapat dua jenis pemadatan yang utama iaitu lossless compression dan lossy compression. Antara piawaian pemadatan yang popular adalah MPEG, IVI (Intel Video Interactive), Cinepak, Apple's QuickTime, Microsoft Video For Windows (AVI). Perkakasan bagi video adalah kamera video,camcoder @ pita video, video capture card. Perisian pula adalah Adobe Premiere, Video Fusion, Ulead Media Studio Pro.Sebarang video boleh diupload atau didownload melalui http://www.youtube.com.
ANIMASI
Animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Menurut wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Animasi) animasi adalah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerak. Gambar animasi terdiri daripada dua kategori iaitu animasi 2-D dan animasi 3-D.
Antara contoh perisian animasi 2-D ialah Macromedia Authorware, Macromedia Flash dan Macromedia Director. Manakala bagi perisian animasi 3-D pula ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, dan Macromedia Extreme 3D.Dibawah adalah contoh animasi 3D: