CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 April 2009

ELEMEN-ELEMEN MEDIA


GRAFIK


Grafik merupakan antara media paling utama dalam penghasilan sesuatu video. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan dengan lukisan atau ukiran. Grafik juga adalah merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

Penggunaan grafik memberi banyak kepentingan. Antaranya adalah dapat memberi gambaran dengan jelas, tepat dan konsisten berbanding penggunaan teks sahaja. Selain itu ia juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas dan efektif. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Grafik boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu imej bitmap dan imej vektor.



imej bitmap imej vektor


Format fail imej bagi imej bitmap adalah BMP, PICT, TIFF, GIF, dan JPEG. Manakala bagi imej vektor pula adalah CDR, CGM, DRW dan DXF. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti grafik iaitu saiz imej, kedalaman warna dan resolusi.


AUDIO

Audio juga dikenali sebagai bunyi. Audio berfungsi sebagai memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui penggunaan teks @ grafik semata-mata. Audio mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada sesuatu isi kandungan y
ang kompleks. Audio digital menggunakan digital signal untuk menghasilkan bunyi. Bunyi adalah gelombang yang dihasilkan oleh getaran molekul-molekul dalam medium seperti udara. Gelombang bunyi juga disebut sebagai gelombang mekanikal. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels (dB).

Terdapat dua ciri gelombang audio iaitu frekuensi dan amplitud. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kualiti sesuatu rakaman audio digital iaitu kadar sampel,saiz sampel dan saluran. Saiz fail audio digital dapat dikira dengan: rate x duration x resolution x number of channels/8. Kadar sampel diukur dalam unit Hz, masa/duration dikenali sebagai saat dan saiz sampel ada dua jenis iaitu 8 bit dan 16 bit. Manakala saluran pula terdapat dua iaitu 1 untuk mono dan 2 untuk stereo. Terdapat lapan format fail audio iaitu AIFF dan AIF, MID,MIDI dan MFF, RIFF, SND, WAV, AU, MP3 dan,RAM dan RA.


VIDEO


Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan video digital. Video analog adalah video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Setiap bingkai video analog diwakili oleh signal
elektrik yang tidak menentu yang juga dikenali sebagai gelombang analog atau video komposit. Kelemahan video ini adalah gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Piawaian utama bagi video ini adalah PAL dan NTSC.

Video digital adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses penukaran isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC). Manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan video ini adalah kualitinya kekal dan boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama..

Saiz fail dan kualiti video digital dipengaruhi oleh kadar bingkai, saiz imej dan kedalaman warna. Teknik pemadatan video digital dikenali sebagai CODEC. Ia membolehkan lebih banyak video dimuatkan di dalam CD atau hard disc. Terdapat dua jenis pemadatan yang utama iaitu lossless compression dan lossy compression. Antara piawaian pemadatan yang popular adalah MPEG, IVI (Intel Video Interactive), Cinepak, Apple's Quic
kTime, Microsoft Video For Windows (AVI). Perkakasan bagi video adalah kamera video,camcoder @ pita video, video capture card. Perisian pula adalah Adobe Premiere, Video Fusion, Ulead Media Studio Pro.Sebarang video boleh diupload atau didownload melalui http://www.youtube.com.


ANIMASI

Animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Menurut wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Animasi) animasi adalah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerak. Gambar animasi terdiri daripada dua kategori iaitu animasi 2-D dan animasi 3-D.


Antara contoh perisian animasi 2-D ialah Macromedia Authorware, Macromedia Flash dan Macromedia Director. Manakala bagi perisian animasi 3-D pula ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, dan Macromedia Extreme 3D.Dibawah adalah contoh animasi 3D:



Sabtu, 7 Februari 2009

PENGGUNAAN TULISAN DALAM MUTIMEDIA






PENGGUNAAN TEKS DALAM MULTIMEDIA

TEKS

Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sedia ada sebagai menu utama, sistem navigasi ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Ia adalah jenis data yang paling asas serta menggunakan ruang storan yang paling sedikit berbanding dengan elemen media yang lain. Penggunaan teks dalam multimedia begitu meluas sehinggalah tidak kira dalam apa jua bidang contohnya dalam periklanan, penerbitan, reka bentuk atau reka letak di dalam sesebuah rancangan televisyen, pakaian. poster dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan teks dalam multimedia:

a) penggunaan teks dalam iklan


b) penggunaan teks dalam penerbitan


c) penggunaan teks dalam poster

Isnin, 2 Februari 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG



MAKSUD MULTIMEDIA

Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan medium. Multi bermaksud banyak atau pelbagai. Medium merupakan alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk komunikasi massa seperti surat khabar, majalah atau televisyen. Definisi yang mudah bagi multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan elemen media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Multimedia berkeupayaan untuk mengintegrasikan pelbagai jenis media dalam bentuk yang menarik dengan penggunaan yang mudah dan menyenagkan.

Multimedia kini telah berkembang pesat dalam dunia teknologi hari ini. Oleh itu telah wujud pelbagai bidang yang menggunakan multimedia. Antara contoh penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang adalah seperti dalam bidang pendidikan, bidang perniagaan atau perdagangan, bidang perubatan, bidang hiburan dan sebagainya.

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Dewasa ini kita banyak didedahkan dengan pelbagai bentuk multimedia tidak kira dalam apa jua bidang. Jika dahulunya pendidikan tidak didedahkan dengan penggunaan teknologi, namun pada era globalisasi ini bidang pendidikan banyak menggunakan teknologi sebagai satu metod pengajaran atau sebagai saluran yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat kepada pelajar-pelajar. Dengan adanya kemudahan teknologi ia akan memudahkan segala urusan pembelajaran dan pengajaran disamping dapat menjimatkan masa.


Antara contoh penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ialah penggunaan Microsoft Powerpoint, Microsoft Word dan sebagainya. Metod sebegini dapat memberikan gambaran lebih jelas lagi apa yang ingin disampaikan melalui menggunaan multimedia. Media merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan dalam aktiviti bilik darjah. Media juga telah dapat dibuktikan sebagai satu alat bantu mengajar yang juga dapat memudahkan penyampaian pengajar dan juga meningkatkan tahap penerimaan pembelajaran pelajar.




PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PERNIAGAAN


Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Kebanyakkan teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti internet dan e-dagang. Selain itu ia dapat mewujudkan hubungan diplomasi antara negara kerana saling berhubung walaupun pada jarak yang jauh.




Menurut Jason Lim, Pengarah, Kumpulan Perniagaan Internet, Microsoft (Malaysia), telah membahagikan teknologi kepada dua bahagian iaitu membina dan membinasakan. Katanya, "teknologi membina dari segi penyediaan aplikasi, peningkatan produktiviti, kecekapan, dan perkara lain yang baik, hasil penggunaan teknologi. Manakala, bahagian yang merosakkan boleh dilihat dalam beberapa aspek, contohnya apabila perniagaan menjadi terlalu produktif dan kecekapan meningkat, maka berlaku kejatuhan harga produk. Ini menyebabkan perniagaan berkenaan lebih sukar bersaing untuk mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran. Antara teknologi yang dijangka menjadi aplikasi penting termasuklah aplikasi tanpa wayar, 3G (generasi ketiga), pembantu peribadi digital (PDA), dan perkomputeran di rumah. Oleh itu, penggunaan multimedia dalam perniagaan amat penting dalam mengembangkan lagi perniagaan dan perdagangan.








PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERUBATAN


Bidang perubatan juga turut tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan multimedia. Organisasi seperti hospital, klinik, farmasi dan sebagainya menggunakan sistem-sistem maklumat berkomputer untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada pengguna. Salah satu aplikasi dalam projek Koridor Raya Multimedia adalah tele-perubatan. Tele-perubatan menggunakan teknologi multimedia untuk menyediakan pelbagai faedah kepada semua pihak dalam sektor perubatan. Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan boleh dicapai oleh mana-mana individu. Tele-perubatan menggunakan ICT dan elektronik bagi penyediaan serta menyokong sektor berkaitan yang bukan sekadar sebagai kegunaan setempat , malah amat berfaedah ketika pengguna berada di lokasi berlainan.

Ia adalah sistem yang menghubungkan doktor, pentadbir, penyedia perkhidmatan dan pesakit. Hal ini dapat menghubungkan masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman. Antara aplikasi utama teleperubatan termasuk klinikal, pendidikan, pentadbiran, penyelidikan, penilaian atau pemeriksaan pesakit, diagnosis dan perundingan. Hospital Putrajaya merupakan hospital pertama yang mengamalkan pendeketan elektronik. Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan di mana sahaja pesakit mendapat rawatan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-8 mengatakan teleperubatan bertujuan mempercepatkan pencapaian visi penjagaan kesihatan di Malaysia untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.



Rabu, 7 Januari 2009

Tugasan Pertama

Assalamualaikum...nama saya Nur Hazirah bt. Abdul Ghani dan boleh memanggil saya zierah. Saya berasal dari Machang, Kelantan. Saya kini sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan telah mengambil jurusan komunikasi. Kini sudah semester ke 4 saya berada di universiti ini. Banyak suka duka yang terpaksa saya harungi sewaktu berada di sini. Oleh itu, pengalaman banyak mengajar kita untuk berhadapan dengan apa yang terjadi. Pada 27 Ogos genaplah umur saya 22 tahun. Ini adalah tugasan pertama yang diberi oleh pensyarah Puan Siti Syamsul Nurin mengkehendaki semua pelajar yang mengambil kursus CCT2013 Media Integratif menyediakan satu blog bagi memudahkan urusan penghantaran tugasan disamping mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas.