CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 4 April 2009

ELEMEN-ELEMEN MEDIA


GRAFIK


Grafik merupakan antara media paling utama dalam penghasilan sesuatu video. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud perkara berkenaan dengan lukisan atau ukiran. Grafik juga adalah merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

Penggunaan grafik memberi banyak kepentingan. Antaranya adalah dapat memberi gambaran dengan jelas, tepat dan konsisten berbanding penggunaan teks sahaja. Selain itu ia juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas dan efektif. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Grafik boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu imej bitmap dan imej vektor.



imej bitmap imej vektor


Format fail imej bagi imej bitmap adalah BMP, PICT, TIFF, GIF, dan JPEG. Manakala bagi imej vektor pula adalah CDR, CGM, DRW dan DXF. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti grafik iaitu saiz imej, kedalaman warna dan resolusi.


AUDIO

Audio juga dikenali sebagai bunyi. Audio berfungsi sebagai memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui penggunaan teks @ grafik semata-mata. Audio mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada sesuatu isi kandungan y
ang kompleks. Audio digital menggunakan digital signal untuk menghasilkan bunyi. Bunyi adalah gelombang yang dihasilkan oleh getaran molekul-molekul dalam medium seperti udara. Gelombang bunyi juga disebut sebagai gelombang mekanikal. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels (dB).

Terdapat dua ciri gelombang audio iaitu frekuensi dan amplitud. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kualiti sesuatu rakaman audio digital iaitu kadar sampel,saiz sampel dan saluran. Saiz fail audio digital dapat dikira dengan: rate x duration x resolution x number of channels/8. Kadar sampel diukur dalam unit Hz, masa/duration dikenali sebagai saat dan saiz sampel ada dua jenis iaitu 8 bit dan 16 bit. Manakala saluran pula terdapat dua iaitu 1 untuk mono dan 2 untuk stereo. Terdapat lapan format fail audio iaitu AIFF dan AIF, MID,MIDI dan MFF, RIFF, SND, WAV, AU, MP3 dan,RAM dan RA.


VIDEO


Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan video digital. Video analog adalah video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Setiap bingkai video analog diwakili oleh signal
elektrik yang tidak menentu yang juga dikenali sebagai gelombang analog atau video komposit. Kelemahan video ini adalah gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Piawaian utama bagi video ini adalah PAL dan NTSC.

Video digital adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses penukaran isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC). Manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan video ini adalah kualitinya kekal dan boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama..

Saiz fail dan kualiti video digital dipengaruhi oleh kadar bingkai, saiz imej dan kedalaman warna. Teknik pemadatan video digital dikenali sebagai CODEC. Ia membolehkan lebih banyak video dimuatkan di dalam CD atau hard disc. Terdapat dua jenis pemadatan yang utama iaitu lossless compression dan lossy compression. Antara piawaian pemadatan yang popular adalah MPEG, IVI (Intel Video Interactive), Cinepak, Apple's Quic
kTime, Microsoft Video For Windows (AVI). Perkakasan bagi video adalah kamera video,camcoder @ pita video, video capture card. Perisian pula adalah Adobe Premiere, Video Fusion, Ulead Media Studio Pro.Sebarang video boleh diupload atau didownload melalui http://www.youtube.com.


ANIMASI

Animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Menurut wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Animasi) animasi adalah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerak. Gambar animasi terdiri daripada dua kategori iaitu animasi 2-D dan animasi 3-D.


Antara contoh perisian animasi 2-D ialah Macromedia Authorware, Macromedia Flash dan Macromedia Director. Manakala bagi perisian animasi 3-D pula ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D, dan Macromedia Extreme 3D.Dibawah adalah contoh animasi 3D:



0 ulasan: