CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 2 Februari 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG



MAKSUD MULTIMEDIA

Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan medium. Multi bermaksud banyak atau pelbagai. Medium merupakan alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk komunikasi massa seperti surat khabar, majalah atau televisyen. Definisi yang mudah bagi multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan elemen media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Multimedia berkeupayaan untuk mengintegrasikan pelbagai jenis media dalam bentuk yang menarik dengan penggunaan yang mudah dan menyenagkan.

Multimedia kini telah berkembang pesat dalam dunia teknologi hari ini. Oleh itu telah wujud pelbagai bidang yang menggunakan multimedia. Antara contoh penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang adalah seperti dalam bidang pendidikan, bidang perniagaan atau perdagangan, bidang perubatan, bidang hiburan dan sebagainya.

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Dewasa ini kita banyak didedahkan dengan pelbagai bentuk multimedia tidak kira dalam apa jua bidang. Jika dahulunya pendidikan tidak didedahkan dengan penggunaan teknologi, namun pada era globalisasi ini bidang pendidikan banyak menggunakan teknologi sebagai satu metod pengajaran atau sebagai saluran yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat kepada pelajar-pelajar. Dengan adanya kemudahan teknologi ia akan memudahkan segala urusan pembelajaran dan pengajaran disamping dapat menjimatkan masa.


Antara contoh penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ialah penggunaan Microsoft Powerpoint, Microsoft Word dan sebagainya. Metod sebegini dapat memberikan gambaran lebih jelas lagi apa yang ingin disampaikan melalui menggunaan multimedia. Media merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan dalam aktiviti bilik darjah. Media juga telah dapat dibuktikan sebagai satu alat bantu mengajar yang juga dapat memudahkan penyampaian pengajar dan juga meningkatkan tahap penerimaan pembelajaran pelajar.




PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PERNIAGAAN


Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Kebanyakkan teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti internet dan e-dagang. Selain itu ia dapat mewujudkan hubungan diplomasi antara negara kerana saling berhubung walaupun pada jarak yang jauh.




Menurut Jason Lim, Pengarah, Kumpulan Perniagaan Internet, Microsoft (Malaysia), telah membahagikan teknologi kepada dua bahagian iaitu membina dan membinasakan. Katanya, "teknologi membina dari segi penyediaan aplikasi, peningkatan produktiviti, kecekapan, dan perkara lain yang baik, hasil penggunaan teknologi. Manakala, bahagian yang merosakkan boleh dilihat dalam beberapa aspek, contohnya apabila perniagaan menjadi terlalu produktif dan kecekapan meningkat, maka berlaku kejatuhan harga produk. Ini menyebabkan perniagaan berkenaan lebih sukar bersaing untuk mengekalkan atau meningkatkan bahagian pasaran. Antara teknologi yang dijangka menjadi aplikasi penting termasuklah aplikasi tanpa wayar, 3G (generasi ketiga), pembantu peribadi digital (PDA), dan perkomputeran di rumah. Oleh itu, penggunaan multimedia dalam perniagaan amat penting dalam mengembangkan lagi perniagaan dan perdagangan.








PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PERUBATAN


Bidang perubatan juga turut tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan multimedia. Organisasi seperti hospital, klinik, farmasi dan sebagainya menggunakan sistem-sistem maklumat berkomputer untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada pengguna. Salah satu aplikasi dalam projek Koridor Raya Multimedia adalah tele-perubatan. Tele-perubatan menggunakan teknologi multimedia untuk menyediakan pelbagai faedah kepada semua pihak dalam sektor perubatan. Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan boleh dicapai oleh mana-mana individu. Tele-perubatan menggunakan ICT dan elektronik bagi penyediaan serta menyokong sektor berkaitan yang bukan sekadar sebagai kegunaan setempat , malah amat berfaedah ketika pengguna berada di lokasi berlainan.

Ia adalah sistem yang menghubungkan doktor, pentadbir, penyedia perkhidmatan dan pesakit. Hal ini dapat menghubungkan masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman. Antara aplikasi utama teleperubatan termasuk klinikal, pendidikan, pentadbiran, penyelidikan, penilaian atau pemeriksaan pesakit, diagnosis dan perundingan. Hospital Putrajaya merupakan hospital pertama yang mengamalkan pendeketan elektronik. Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan di mana sahaja pesakit mendapat rawatan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-8 mengatakan teleperubatan bertujuan mempercepatkan pencapaian visi penjagaan kesihatan di Malaysia untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.



0 ulasan: